Saturday, April 7, 2012

Ya Allah..Berikan aku Kekuatan...

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 sekalian..sudah lama rasanya tak update blog ni..Rindu pada sahabat2 semua terutama sahabat UKM ku..kalian tetap dalam hatiku..

Ya Allah,masa berlalu diiringi dengan dugaan & ujian yang hebat...begitu juga sahabat2ku..memang hidup ini ujian..Itu adalah rencana Allah..Yang Amat Mengasihi kita semua..Subhanallah, ujian ini sebenarnya kemanisan yang Allah tetapkan buat kita di 'sana'..Tapi kami hambaMu yang lemah ini, yang sangat dhaif ini tak mampu Ya Allah untuk hadapinya melainkan dengan kekuatan yang Engkau berikan..

Allahuakbar!! Sakit benar rasa jiwa ini, pedih benar hati ini..Berikan kami semua ketenanganMu Ya Allah kerana Engkau pemilik segalanya...Hanya Engkau yang Tahu hikmah di sebalik apa yang Kau tetapkan buat kami...

Hanya padaMu kami meminta Ya Allah..HambaMu ini sedar, daku sangat lemah, daku perlukanMu...Pulihkan hati ini Ya Allah..Bukakan hatiku untuk mencintaiMu melebihi segala2nya...Jangan Kau biarkan daku rebah dek urusan duniawi, dek kejahatan manusia..

Daku tetap akan maafkan sesiapa sahaja keranaMu Ya Allah kerana cintaku padaMu..daku perlukan insan di dunia ini yang dapat mencintaiku dengan seikhlasnya tetapi aku lebih perlukan Mu Ya Allah...

Labuhkan cintaku pada yang mencintaiMu..Labuhkan cintaku pada yang menghargaiku..Labuhkan cintaku pada hambaMu yang Mahu MencariMu...Ameen..

Wednesday, November 16, 2011

Lawanlah Kesepian & Kesakitan itu Nurul.....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk terus mengabdikan & memperbaiki diri yang sangat hina ini..Ya Allah,hambaMu ini tidak mampu lagi menanggung kesedihan & kesakitan ini..Cukup pedih Ya Allah apa yang aku lalui.

Berikan aku kekuatan Ya Allah.Pertemukan aku dengan orang yang benar2 jujur,yang Kau Redhai Dia denganKu..aku tahu Kau Maha Tahu Ya Rabb..

Aku Jatuh,aku Tersungkur,aku lemah,aku Tak Berdaya sembunyikan perasaan ini dariMu Ya Tuhan..Kau Maha Pengasih Ya Allah.Permudahkan segalanya buatku..

Aku terima apa yang Kau takdirkan buatku walaupun aku sangat sakit kerana Kau lebih Tahu apa yang baik buatku..Ampunkan dosa2 kami Ya Allah..ameen

Sunday, August 14, 2011

Jengah Kembali Blog Usang..

Assalamualaikum...

Setelah setahun lebih blog ini suram tanpa ada apa2 coretan.Hari ni terasa pula nak mencoretkan sesuatu..
Tak ada apa yang menarik cuma mungkin hidup ni perlu diteruskan walau apa yang terjadi.Dalam masa setahun lebih ni, macam2 yang dilalui..Mungkin faktor tu menyebabkan blog ni sunyi tanpa khabar berita..hehe:)...

Perjalanan hidup manusia ni terlalu singkat sebenarnya.Kadang kita di atas kadang kita jatuh ke bawah..Itulah yang dilalui selama ini..Namun,Alhamdulillah Allah Taala sememangnya Maha Pengasih.Dia berikan kekuatan untuk teruskan hidup ini meskipun terasa berat untuk melangkah lagi..Syukur Ya Rabb yang sentiasa ada di sisiku meskipun Ku tahu diri ini sering sahaja lalai daripada mengingatiMu..

Ya Allah,moga Kau kekalkan sifat Mahmudah di hati Ku ini biarpun orang di luar sana cuba menghalang langkahku..Berikanku kesabaran agar Aku terus di jalanMua biarpun insan lain memandang sinis.

Pertemukanku dengan insan2 yang penyayang,yang sentiasa dekat padaMU agar Aku tidak leka lagi dengan dunia..Jadikan Aku insan yang Pemaaf meskipun Aku sering disakiti..

Dengarlah isi hatiku ini Ya Allah Yang Maha Pengasih..Ampunkan aku Ya Allah..

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU BUATMU "MOK"

Assalamualaikum ...



Ahad,9 Mei~Saya bekerja hari ini kerana menguruskan "Kursus Umrah" dan cuba memastikan ianya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,ini kursus ke-2 untuk para jemaah yang akan berangkat pada bulan Jun 2010.

Isnin,10 Mei:6 pm~Tapi hati saya sayu tatkala mendengar ucapan aluan dari "bos" yang mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" pada para jemaah yang bergelar ibu.Baru saya sedar hari itu adalah hari bahagia buat wanita bergelar "IBU".Erm,mok dah pergi hampir sebulan lebih dengan meninggalkan kami anak-anaknya yang masih mentah untuk melalui liku hidup ini.

Betapa bahagia mereka yang punya ibu tapi saya tidak lagi punya kesempatan itu.Saya harus terima semua ini walaupun hati ini TERLALU CINTA & RINDU pada MOK.Semoga mok tenang di sana & nantikan kami keluargamu untuk bersamamu di akhirat kelak.

Mok,"NURUL SAYANG MOK".Inilah lafaz yang tersimpan dari anakmu.Bukan aku tak mahu luahkannya padamu tapi aku tak punya kekuatan itu.CINTA & KASIH Nurul pada Mok hanya Allah yang tahu..Dan Nurul tahu Mok juga sangat sayangkan anak2 Mok.

Nurul takkan berhenti berdoa buat Mok & Nurul akan berusaha menjadi anak yang solehah pada Mok & Ayoh.Damailah Mok di sana..InsyaAllah..

Dari hati anakmu~Nurul Syahadah Md Zain

Thursday, April 1, 2010

Semoga Ibu Tenang di SisiNya..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini..Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian,ibu yang sangat saya kasihi telah kembali ke sisi PenciptaNya pada tanggal 23 Mac..

Hancur luluh hati ini tatkala mendengar perkhabaran itu dari kakak.Baru sahaja pada pagi itu saya menghantar ibu ke Terminal Temerloh bersama ayah untuk sesi rawatan kemoterapi akibat kanser Lymphoma yang dihidapinya.Ibu sangat sihat hari itu tetapi lebih banyak mendiamkan diri selama sejam perjalanan kami ke Temerloh.Saya sempat menjenguk kelakuan ibu itu di cermin kereta.Mungkin ibu khusyuk mendengar alunan ayat2 suci oleh Abdullah Fahmi yang saya pasangkan.

Jam 4.55 petang bertempat di Hospital Ampang,ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana masalah jantung.Perkhabaran itu saya terima dengan tangisan dan perasaan gundah gulana kerana semuanya bagaikan mimpi.Terlalu cepat semuanya berlaku.Baru kutatap dan dicium raut wajahnya pagi itu tapi petang itu,tubuh itu sudah diambil Tuannya.

Aku redha dan cuba memujuk diri ini untuk menerima takdirNya kerana itu adalah janjiNya terhadap hambaNya.Tidak terkurang sedikit & tidak terlebih sedikit pun.Itulah ketentuanNya.Ya Allah,permudahkan segala urusan ini.

Walaupun sudah seminggu berlalu,aku masih merinduimu IBU..Rasanya semua ini tidak pernah berlaku dalam lipatan sejarah hidupku.Kau masih berlegar di rumahmu.Aku dapat rasakan itu IBU.Airmata ini & adik-beradik yang lain masih terus mengalir tapi kami redha kerana kami percaya Kau tenang dalam pemergianmu,ukiran senyumanmu menggembirakan kami.

Damailah IBU di sana.Doa akan terus diutus buatmu ibu & segala pesananmu akan menjadi harta yang berharga buatku & adik-beradik yang lain.

Pada sahabat sekalian,terima kasih atas kiriman takziah & doa ke atas ibuku.Semoga kita juga akan lebih bersedia untuk menghadapi hari ITU..

Wassalam

Monday, March 8, 2010

Cara mengatasi was-was (penyakit hati)

Assalamualaikum..

Hampir tiga hari saya tidak menulis.Buat pengetahuan sahabat sekalian,saya bercuti kerana bonda tercinta saya tidak sihat & tidak boleh bergerak.Syukur Alhamdulillah sewaktu saya menulis ni,bonda saya telahpun beransur pulih & sudah dapat bergerak.Syukran Ya Allah.Semoga Kau berikan kami semua kesihatan yang baik supaya kami dapat terus mengabdikan diri ini kepada Mu..

Lama juga tak menjengah Utusan Malaysia.Hari ini saya terbaca 1 artikel di ruangan Bicara Agama bertarikh 5 Mac.Sungguh berguna buat kita semua umat Islam.Kadang-kadang situasi ini juga berlaku pd kita..Was-was atau disebut juga penyakit hati yang berpunca dari bisikan syaitan.

Inilah jawapan bagi mengatasinya & kredit untuk Utusan kerana artikel ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Semoga kita sentiasa dekat denganNya..

Wednesday, March 3, 2010

Sambungan tentang "MUNAFIK"

Assalamualaikum..

Pagi tadi,sempat dengar sambungan tzakirah Ust yang sama tentang MUNAFIK/HIPOKRIT..

Beliau menyebut tentang ciri2 @ sifat2 kecil orang Munafik yang digariskan oleh Abdullah Qarni dalam kitabnya.Antaranya seperti:

1)jarang berzikir kpd Allah
2)tidak suka sembahyang berjemaah
3)jika solat,dibuat dlm keadaan tergesa2/laju
4)jika berselisih pndpt/bergaduh,dia melebih-lebih
5)suka mendabik dada mencanang kebaikan walhal ia melakukan kemungkaran
6)tidak menyukai orang yang melakukan kebaikan
7)menghina alim ulama

Subhanallah,ini hanya sebahagian.Selebihnya mungkin banyak lagi tapi maaf sebab dah terlupa..Mungkin yang kecil ini kite blh jadikan panduan agar kita xtergolong dalam gol munafik..Wallahualam saya pun masih jahil dalam banyak ilmu Allah..semoga kte berubah bersama-sama ke arah diredhai Allah..

Wassalam

Asbabul nuzul surah Al-Munafiqun (Ayat 1-3)

Assalamualaikum..

Pagi tadi sebelum bersiap utk g keje,sempat dengar sat tazkirah dlm rancangan di tv9 "Tanyalah Ust".Tajuk hari ni tentang "HIPOKRIT"..

Sekadar berkongsi ilmu,saya ulas semula la apa yang dihuraikan Ust Badli Syah (maaf kalu nama x brape betul).Dalam surah ni,Allah menerangkan tentang orang Munafik/hipokrit serta sifat2nya..

Berlaku 1 peristiwa di zaman Nabi s.a.w dahulu di mana telah datang seorang sahabat,Zaid bin Arqam yang membawa berita kepada Rasulullah tentang sikap munafik oleh Abdullah bin Ubai.Menurut Zaid,beliau telah mendengar bahawa Abdullah telah merancang untuk menghancurkan serta menentang Islam.Baginda yang mendengar tidak percaya dengan Zaid dan kerana itulah Allah menurunkan ayat ini untuk memberitahu Baginda apa yang diperkatakan Zaid itu adalah benar.

Abdullah bin Ubai adalah seorang munafik yang berpura-pura menerima Islam sedangkan di belakang beliau merancang untuk menjatuhkan Islam.

Ya Allah,kita hari ni pun banyak lakukan perkara yang boleh menjatuhkan kita pada munafik.Contoh paling mudah,bila kita nak pergi mana2 then kawan call tanya 'di mana?'.Selalunya kita akan jawab 'on the way' walhal kita baru nak bangun tido..hehe..itulah 1 perkara paling mudah sebenarnya untuk kita gambarkan bahawa kita dalam hidup seharian ni juga slalu buat perkara ke arah kemunafikan ni..

Ada 2 sifat munafik iaitu yang besar & munafik kecil.Yang besar tu adalah munafik aqidah di mana kita hanya berpura2 terhadap agama/amalan/ibadat..contohnya,kita keluar dengan kwn then kwn g solat.sebab nak jaga status @ air muka,kita pn solat sedangkan kita x suka buat perkara tu..nauzubillah..

Sifat munafik kecil ni plak spt berjanji tp mungkir janji,bila berkata ia berdusta & banyak lagi.Sesungguhnya orang yang melakukan munafik,nerakalah tempatnya..

Tapi,hipokrit ni xla smpai jatuh ke tahap munafik.hipokrit juga perlu pd sesetengah keadaan spt kita nak jga hati pihak lain..ianya bukan pembohongan tetapi lebih kepada muslihat untuk kebaikan semua pihak..ini apa yang sy tahu tp kalu silap mnta pndgn dr kwn semua ye..

Harap kita semua dapat jauhi sifat2 munafik ni..perbaikilah diri kita dari hari ke hari & yakinlah bahawa jika anda telah berusaha & bertawakal,kejayaan @ kegagalan itu telah menjadi urusan Allah..wallahualam..

Monday, March 1, 2010

Ya Allah..Banyak betul yang kita tak tahu..

Assalamualaikum..

Nauzubillah..hari ni buka Utusan baca ruangan Bicara Agama oleh UZAR bertajuk "Perdagangan mata wang haram".Terlalu banyak perkara yang manusia masih leka & ada sesetengahnya yang dah tahu,tapi masih nak join..KENAPA??Jawapannya senang saja..semua sebab WANG..

Sesungguhnya manusia ni sentiasa lupa & kerana itulah kita wajib ingat-mengingati.Bila baca apa yang ditulis oleh UZAR ni,meremang jap bulu roma.Banyak perkara yang disentuh ni berlaku dalam masyarakat kita hari ni.Paling menyedihkan,semuanya terjadi atas tuntutan NAFSU yang menginginkan duniawi tanpa memikirkan nasib diri di akhirat kelak.

Saya bukanlah arif tentang hal begini tetapi sekadar berkongsi ilmu & berharap diri saya juga menghindari perkara seumpama ini.

Saya kira UZAR dah banyak mengupas tentang isu ini & bisnes berteraskan MLM..pada yang nak info lebih lanjut klik kat sini http://www.zaharuddin.net/. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan dakyah dunia ni tapi fikirlah di mana kita di akhirat nanti jika ini yang kita lakukan.

Pada yang tak sempat baca Utusan,saya sertakan di sini 'link' tersebut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Semoga sama-sama beroleh manfaat.Tiada KEJAYAAN tanpa peluh yang menitis,tiada WANG tanpa usaha berganda.Tiada kamu ke NERAKA jika jauhi RIBA..

Wallahua'lam..

Tuesday, February 23, 2010

Kekasih Baruku..

Assalamualaikum...

Post ni special bt Emylin Rominor..hehe..buat teman2 lain gak..ni la kekasih baru aku skrg..Comel Cik Nurul 4259..Alhamdulillah Allah mengurniakan sedikit rezeki untuk hambaNya yang hina ini..Aku doa korang sume pun satu hari akan dimurahkan rezeki oleh Allah..Apapun yang kita lakukan,jangan putus asa & paling penting istiqamah..itulah perkara yang paling disukai Allah..
-
-
Rezeki ada di mana2 & hope Emylin,satu hari ko akan dapat miliki kereta lagi besar..Pada Chot,tahniah gak sebab dapat tambah 1 lagi harta dalam hidup ni.hehe..Viva Elite 2..apapun,syukur pada Allah..

CCN 4259

Sebelum pulang dari Tasik Bera

Semoga dengan 'rezeki' ni boleh berkhidmat dgn lbh baik..

Wassalam