Wednesday, March 3, 2010

Asbabul nuzul surah Al-Munafiqun (Ayat 1-3)

Assalamualaikum..

Pagi tadi sebelum bersiap utk g keje,sempat dengar sat tazkirah dlm rancangan di tv9 "Tanyalah Ust".Tajuk hari ni tentang "HIPOKRIT"..

Sekadar berkongsi ilmu,saya ulas semula la apa yang dihuraikan Ust Badli Syah (maaf kalu nama x brape betul).Dalam surah ni,Allah menerangkan tentang orang Munafik/hipokrit serta sifat2nya..

Berlaku 1 peristiwa di zaman Nabi s.a.w dahulu di mana telah datang seorang sahabat,Zaid bin Arqam yang membawa berita kepada Rasulullah tentang sikap munafik oleh Abdullah bin Ubai.Menurut Zaid,beliau telah mendengar bahawa Abdullah telah merancang untuk menghancurkan serta menentang Islam.Baginda yang mendengar tidak percaya dengan Zaid dan kerana itulah Allah menurunkan ayat ini untuk memberitahu Baginda apa yang diperkatakan Zaid itu adalah benar.

Abdullah bin Ubai adalah seorang munafik yang berpura-pura menerima Islam sedangkan di belakang beliau merancang untuk menjatuhkan Islam.

Ya Allah,kita hari ni pun banyak lakukan perkara yang boleh menjatuhkan kita pada munafik.Contoh paling mudah,bila kita nak pergi mana2 then kawan call tanya 'di mana?'.Selalunya kita akan jawab 'on the way' walhal kita baru nak bangun tido..hehe..itulah 1 perkara paling mudah sebenarnya untuk kita gambarkan bahawa kita dalam hidup seharian ni juga slalu buat perkara ke arah kemunafikan ni..

Ada 2 sifat munafik iaitu yang besar & munafik kecil.Yang besar tu adalah munafik aqidah di mana kita hanya berpura2 terhadap agama/amalan/ibadat..contohnya,kita keluar dengan kwn then kwn g solat.sebab nak jaga status @ air muka,kita pn solat sedangkan kita x suka buat perkara tu..nauzubillah..

Sifat munafik kecil ni plak spt berjanji tp mungkir janji,bila berkata ia berdusta & banyak lagi.Sesungguhnya orang yang melakukan munafik,nerakalah tempatnya..

Tapi,hipokrit ni xla smpai jatuh ke tahap munafik.hipokrit juga perlu pd sesetengah keadaan spt kita nak jga hati pihak lain..ianya bukan pembohongan tetapi lebih kepada muslihat untuk kebaikan semua pihak..ini apa yang sy tahu tp kalu silap mnta pndgn dr kwn semua ye..

Harap kita semua dapat jauhi sifat2 munafik ni..perbaikilah diri kita dari hari ke hari & yakinlah bahawa jika anda telah berusaha & bertawakal,kejayaan @ kegagalan itu telah menjadi urusan Allah..wallahualam..

2 comments:

afzainizam said...

Salam Ziarah dari kami :
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Alangkah susah mendapat kawan..... bukan kenalan di zaman ini..... berpunca dari hati yang rosak.... kerana dunia memautnya....
Alangkah susah mencari kawan.... kebaikan kita disoroknya.... bahkan didengkinya pula.... kejahatan dicanang merata..
Salah yang sikit dibesarkan .yang besar apatah lagi...alangkah sepi dunia ini...walaupun hidup di tengah ramai....
Oleh itu kawan.... kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis nak jumpa seorang pun belum tentu lagi. Hakikatnya begitulah manusia. Berbahagialah buat mereka yang telah bertemu kawan sejatinya, persahabatan yang ibarat andai hidup menjadi pemisah, biarlah mati menjadi penyambungnya. Persahabatan dunia akhirat. Persahabatan di mana dia mencintai sahabatnya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri, di mana dia inginkan kebaikan buat dirinya juga menjadi milik sahabatnya itu. Sahabat.. sukar dicari..

Kepada sahabat blog kami....
Salam kenalan dari kami.... Thanks kerana mengunjungi kami....

Mudah mudahan kita dijauhkan dari sifat-sifat munafik dalam diri kita.....

syadat said...

syukran sudi bace pose x sbrape ni..Sampaikan dariku walau sepotong ayat..itu tugas utama kita.orang munafik hanya merugikan diri sendri & di akhirat gol ini berada di neraka paling bawah..masyaallah,jgn kte ke situ..