Monday, March 8, 2010

Cara mengatasi was-was (penyakit hati)

Assalamualaikum..

Hampir tiga hari saya tidak menulis.Buat pengetahuan sahabat sekalian,saya bercuti kerana bonda tercinta saya tidak sihat & tidak boleh bergerak.Syukur Alhamdulillah sewaktu saya menulis ni,bonda saya telahpun beransur pulih & sudah dapat bergerak.Syukran Ya Allah.Semoga Kau berikan kami semua kesihatan yang baik supaya kami dapat terus mengabdikan diri ini kepada Mu..

Lama juga tak menjengah Utusan Malaysia.Hari ini saya terbaca 1 artikel di ruangan Bicara Agama bertarikh 5 Mac.Sungguh berguna buat kita semua umat Islam.Kadang-kadang situasi ini juga berlaku pd kita..Was-was atau disebut juga penyakit hati yang berpunca dari bisikan syaitan.

Inilah jawapan bagi mengatasinya & kredit untuk Utusan kerana artikel ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Semoga kita sentiasa dekat denganNya..

7 comments:

Daddy Zuki said...

saya kdg2 was-was semasa dlm solat.

syadat said...

itu adalah krna Syaitan..bukankah syaitan telah bersumpah di hdpn Allah utk sesatkan anak Adam shingga hari kiamat?..jd berta'awwuz kpd Allah..mntalah ptnjuk drNya..ksakitan dlm pjuangan adalah titik kemanisan di syurgaNya..smga kta bersamaNya..Innalahha ma'as sobiriin

afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

”Selintas camar yang lalu
membawa sarat harapan
nun di puncak awan biru
sana sayapnya meluas membuka
ruang pandangan manusia
agar mengheret dukanya pergi”

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Mulanya penuh sukar
Keyakinan teguh sendirian
Di bangkitkan sama teman - teman
Harungi suatu tujuan

Perjalanan masih jauh
Kemanisan menunggu ayuh
Masih penuh kesukaran
Namun yakin berkumpulan
Membangkitkan semangat tujuan
Mewarnakan kemanisan
Demi kemanusiaan

أحسن شئ كلام رقيق يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق

"Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, daripada seorang yang lemah-lembut"

afzainizam said...

Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

syadat said...

salam..
persahabatan krn Allah sgt dialu2kan slagi mne tdk mlanggar syariatNya

afzainizam said...

Terima kasih kerana menerima persahabatan ini....

Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik.

Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas seperti yang tertera dalam surah an-Nas.

Surah ini memberi erti yang umum iaitu;

"Katakanlah pada manusia, aku mohon perlindungan dengan Tuhan yang menjadikan manusia, raja yang benar-benar menguasai manusia, Tuhan yang sebenar-benarnya disembah oleh manusia. (Aku pohon jauhkan) daripada segala kejahatan was-was yang berpunca daripada al-Khannas iaitu angkara perbuatan jin dan manusia."

Ayat ini adalah ayat muhkam dan bukan ayat mutasyabih.

Maksud ayat muhkam ialah ayat yang memberi erti yang jelas dan boleh difahami secara terang-terang tanpa memerlukan kepada takwil (meletakkan erti baru sebagai tafsiran).

Muhkam juga ialah ayat yang kemas dan jelas maknanya.

Ayat dalam surah an-Nas ini memberi penerangan dengan fakta yang amat jelas tentang kewujudan ' penyakit was-was dan fenomenanya. Penyakit ini diberitahu oleh Allah sebagai berpunca daripada Khannas yang diperjelaskan lagi sebagai berpunca daripada perbuatan jin (jinnah) dan juga manusia.

Peranan jin dalam menimbulkan gejala penyakit was-was ini ialah membisikkan dalam hati manusia sesuatu yang tidak benar hingga mempengaruhi manusia untuk mempercayai perkara tersebut sebagai sesuatu yang benar.

Dengan kata lain, manusia dipengaruhi oleh bisikan itu untuk menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menerima hakikat sesuatu perkara yang benar sebagai tidak benar. Pada satu tahap yang paling berbahaya, serangan was-was ini membuatkan manusia ragu akan keimanannya pada Allah.Jin tersebut juga akan membisikkan hasutan-hasu-tan liar hingga manusia meragui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

Lama-kelamaan penyakit was-was akan merosakkan pegangan iman manusia kepada rukun iman yang lain termasuk keyakinan kepada al-Quran.

terima kasih atas segalanya

Eyqa Rawr said...

kalau was2 semasa ambil air sembahyang. san ambil air sembahyang banyak kali?