Monday, March 1, 2010

Ya Allah..Banyak betul yang kita tak tahu..

Assalamualaikum..

Nauzubillah..hari ni buka Utusan baca ruangan Bicara Agama oleh UZAR bertajuk "Perdagangan mata wang haram".Terlalu banyak perkara yang manusia masih leka & ada sesetengahnya yang dah tahu,tapi masih nak join..KENAPA??Jawapannya senang saja..semua sebab WANG..

Sesungguhnya manusia ni sentiasa lupa & kerana itulah kita wajib ingat-mengingati.Bila baca apa yang ditulis oleh UZAR ni,meremang jap bulu roma.Banyak perkara yang disentuh ni berlaku dalam masyarakat kita hari ni.Paling menyedihkan,semuanya terjadi atas tuntutan NAFSU yang menginginkan duniawi tanpa memikirkan nasib diri di akhirat kelak.

Saya bukanlah arif tentang hal begini tetapi sekadar berkongsi ilmu & berharap diri saya juga menghindari perkara seumpama ini.

Saya kira UZAR dah banyak mengupas tentang isu ini & bisnes berteraskan MLM..pada yang nak info lebih lanjut klik kat sini http://www.zaharuddin.net/. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan dakyah dunia ni tapi fikirlah di mana kita di akhirat nanti jika ini yang kita lakukan.

Pada yang tak sempat baca Utusan,saya sertakan di sini 'link' tersebut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Semoga sama-sama beroleh manfaat.Tiada KEJAYAAN tanpa peluh yang menitis,tiada WANG tanpa usaha berganda.Tiada kamu ke NERAKA jika jauhi RIBA..

Wallahua'lam..

2 comments:

anummss said...

Betul 2..
Semua yang kita nak dalam hidup kita perlukan usaha dan titik peluh kita sendirik..
Semuanya takkan datang bergolek dan kejayaan serta kemewahan yang diperolehi melalui usaha penat lelah sendiri adalah lebih memuaskan.

p/s Itu pendapat sayalah.. (^_^)

syadat said...

yup..org skrg mudh sgt tpedaya..nak2 yg skrg ni klik FB dpt RM100..sblm nk join kna kaji dlu..jgn main terjah jek..jgn cri wang bertimbun dlm hidup ni tp cri la kberkatan Allah..wallahualam