Thursday, February 18, 2010

amanah VS ketaksuban..Nauzubillah..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,program yang dirancang pada hari semalam (18 Feb) berjalan dengan lancar & ilmu yang ada dapat dikongsi bersama.

Sebenarnya,buat teman2 yang dah pernah merasai pengalaman menganjurkan prog @ apa saja bentuk aktiviti,sudah pasti tahu cabaran & dugaan yang dihadapi.Bermula dari peringkat planning sampailah kepada pelaksanaannya.Itu belum masuk lagi penilaian sumatif.Sangat pening.

Apa yang saya nak sampaikan kat sini,bila kita telah dipilih menjadi orang penting or opinion leader,tolong tunjukkan sikap yang terbaik.Anda diberi amanah & WAJIB amanah itu anda pegang dan tunaikan.Percayalah,anda PASTI akan disoal di AKHIRAT kelak.Sebagai pemimpin,anda seharusnya berperanan MENYENANGKAN rakyat bukan MENYUSAHKAN rakyat.Adakah menjadi kesalahan menganjurkan ceramah/forum umrah & haji hanya untuk berkongsi ilmu?Adakah perlu mempertikaikan 'yang anjur tu pangkah apa?'?

Suatu majlis ilmu yang diadakan even oleh orang politik sekalipun,tidak perlu dipersoalkan seandainya majlis ilmu yg dibuat itu hanya berkisar tentang program keagamaan.Hilangkan lah KETAKSUBAN anda itu kerana anda hanya meruntuhkan agama anda sendiri.

Teramatlah kesal dengan sikap segelintir individu yang memandang kita dari kaca mata politik sempit mereka.Ceramah umrah & haji bukan khusus untuk orang2 tertentu sahaja.Difardhukan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah & haji.Itu perintah Allah.Tapi malang sekali,ceramah/forum ilmu seperti ini dipandang sepi oleh KEBANYAKAN pihak.Padahal kita semua umat ISLAM.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang terpendam di hati ini tetapi biarlah hanya sebilangan sahaja yang tahu.Cuma pesanan buat semua sahabat,mungkin 1 hari anda seorang PERDANA MENTERI,mungkin 1 hari anda Seorang USAHAWAN,mungkin 1 hari anda seorang politician,INGATLAH anda pada orang di bawah anda kerana 1 hari nanti anda juga pasti di BAWAH.

Buanglah jauh2 ketaksuban anda tak kira la ke'UMNO'an @ ke'PAS'an anda untuk mencari ilmu Allah yang berlegar di bumi ini.Apapun ideologi politik kita,sokonglah program yang mampu mengubah & meningkatkan martabat kita sebagai seorang MUSLIM.

Jangan program agama dipinggirkan,program maksiat disuburkan!!Cukup-cukuplah dengan masalah sosial remaja kita hari ini.Kembalilah kita kepada agama & buat mereka yang berkedudukan & punya pangkat tinggi menjulang,jangan mengejar KEMEWAHAN kerana di AKHIRAT nanti anda tak mampu untuk bersembunyi lagi.Jadilah seperti Rasulullah s.a.w yang sentiasa meminta daripada Allah untuk menjadi orang miskin hatta Baginda seorang pemimpin kerana baginda hanya menginginkan kemewahan untuk umatnya.Subhanallah,mulianya Baginda..

Wallahua'lam

2 comments:

ailiez said...

salam,
Nurul.. tahniah!! pos y menarik dan membuka mata, fikiran dan hati..

syadat said...

wslm..thanks fren..aku bkn pe..rmai sgt org yg masih xnak guna otak buat keje.pk dri sndri jek walhal kite wat bnda baik..xkan smpai prog agma pn nk amik kira parti..gram tau..bile rmaja buang anak marah tp x pikir ke bile rmaja nk wat prog agma,disekat plak..2 pliknya..diorg ni nk jd hero ape aku pn xtau..hidup ISLAM