Monday, February 22, 2010

Baru nak hayati keindahan ciptaanNya..

Assalamualaikum..
-
Ahad, 21 Feb-Rasa bosan la terperap kat rumah x buat apa-apa.Then,amik keputusan untuk hantar adik ke Terminal Temeloh untuk ke KL.Ajak la teman2 sekali.Lepas 2,kami semua merayap la area Bandar Ikan Patin tue smpai tengahari.Memang x sah kalau x pekena Ikan Patin Masak Tempoyak.
-
Plan ngan kawan2 untuk beristirehat kat Esplanade tepi Sg. Pahang tue,tapi ramai sgt orang.tempat duduk pn x byk so Dayah,Gee n Me pn tiba2 tukar fikiran nak ke Tasik Bera.Lama dah rasanya x jejakkan kaki ke sana.Kalau dengan mber2,last pergi waktu jamuan akhir tahun PERTINA 2005.Sangat seronok melakukan pelbagai aktiviti di sana..
-
Lebih kurang jam 4.30 petang,kami pn smpai di Tasik Bera.Masih tetap sama seperti dulu cuma mungkin berubah dari segi pembangunan di situ.Jeti baru masih dalam pembinaan untuk menggantikan jeti yang dah usang.Mungkin pada orang lain,tiada apa di situ tapi pada aku,sungguh mendamaikan akal & fikiran.Mungkin jua faktor diriku yang tidak menggemari suasana hiruk pikuk menyebabkan aku begitu tenang di sana.Apapun,aku bangga dengan tempat asalku..
-
Walaupun hanya bertiga,tapi itu sudah cukup membuatkan aku merasa bahagia.Menghirup udara yang aku kira masih belum tercemar dek kerakusan tangan + jari2 manusia..Aku bersyukur Ya Allah.Kau berikan aku perasaan ini tatkala orang lain berlumba-lumba mencari kemewahan dan keduniaan.
-
Biarlah orang memandang aku sebagai 'budak kampung' tapi aku bangga dengan gelaran itu.Aku tidak menginginkan kemewahan cukuplah bersederhana di dunia ini.Semoga Kau akan merahmati aku,keluarga,teman,guru2 ku serta insan2 yang aku kasihi..
-
Pada sahabat2 Dasar Awam UKM,aku suggest kita wat reunion kat Tasik Bera jek la.Tak la jauh sangat & pakejnye murah saja.Kalu nak wat jauh2,kena pikir cuti lagi..Erm,cmne Emylin as KP?setuju tak?Inform me later k..


Wassalam

rumah rakit

Agak menakutkan..hehe

YB menjengah kawasan..haha


Pokok ape ni ye?!!

Apa yang anda nampak?..

1 comment:

Emylin_Izlin said...

dah ader Gambo kete Viva dia la..tp tak nampak la...pose sket kat lam entry..hahaha

Tasik Bera??? murah ko tu baper??? haahah..