Sunday, August 14, 2011

Jengah Kembali Blog Usang..

Assalamualaikum...

Setelah setahun lebih blog ini suram tanpa ada apa2 coretan.Hari ni terasa pula nak mencoretkan sesuatu..
Tak ada apa yang menarik cuma mungkin hidup ni perlu diteruskan walau apa yang terjadi.Dalam masa setahun lebih ni, macam2 yang dilalui..Mungkin faktor tu menyebabkan blog ni sunyi tanpa khabar berita..hehe:)...

Perjalanan hidup manusia ni terlalu singkat sebenarnya.Kadang kita di atas kadang kita jatuh ke bawah..Itulah yang dilalui selama ini..Namun,Alhamdulillah Allah Taala sememangnya Maha Pengasih.Dia berikan kekuatan untuk teruskan hidup ini meskipun terasa berat untuk melangkah lagi..Syukur Ya Rabb yang sentiasa ada di sisiku meskipun Ku tahu diri ini sering sahaja lalai daripada mengingatiMu..

Ya Allah,moga Kau kekalkan sifat Mahmudah di hati Ku ini biarpun orang di luar sana cuba menghalang langkahku..Berikanku kesabaran agar Aku terus di jalanMua biarpun insan lain memandang sinis.

Pertemukanku dengan insan2 yang penyayang,yang sentiasa dekat padaMU agar Aku tidak leka lagi dengan dunia..Jadikan Aku insan yang Pemaaf meskipun Aku sering disakiti..

Dengarlah isi hatiku ini Ya Allah Yang Maha Pengasih..Ampunkan aku Ya Allah..

No comments: