Thursday, April 1, 2010

Semoga Ibu Tenang di SisiNya..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini..Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian,ibu yang sangat saya kasihi telah kembali ke sisi PenciptaNya pada tanggal 23 Mac..

Hancur luluh hati ini tatkala mendengar perkhabaran itu dari kakak.Baru sahaja pada pagi itu saya menghantar ibu ke Terminal Temerloh bersama ayah untuk sesi rawatan kemoterapi akibat kanser Lymphoma yang dihidapinya.Ibu sangat sihat hari itu tetapi lebih banyak mendiamkan diri selama sejam perjalanan kami ke Temerloh.Saya sempat menjenguk kelakuan ibu itu di cermin kereta.Mungkin ibu khusyuk mendengar alunan ayat2 suci oleh Abdullah Fahmi yang saya pasangkan.

Jam 4.55 petang bertempat di Hospital Ampang,ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana masalah jantung.Perkhabaran itu saya terima dengan tangisan dan perasaan gundah gulana kerana semuanya bagaikan mimpi.Terlalu cepat semuanya berlaku.Baru kutatap dan dicium raut wajahnya pagi itu tapi petang itu,tubuh itu sudah diambil Tuannya.

Aku redha dan cuba memujuk diri ini untuk menerima takdirNya kerana itu adalah janjiNya terhadap hambaNya.Tidak terkurang sedikit & tidak terlebih sedikit pun.Itulah ketentuanNya.Ya Allah,permudahkan segala urusan ini.

Walaupun sudah seminggu berlalu,aku masih merinduimu IBU..Rasanya semua ini tidak pernah berlaku dalam lipatan sejarah hidupku.Kau masih berlegar di rumahmu.Aku dapat rasakan itu IBU.Airmata ini & adik-beradik yang lain masih terus mengalir tapi kami redha kerana kami percaya Kau tenang dalam pemergianmu,ukiran senyumanmu menggembirakan kami.

Damailah IBU di sana.Doa akan terus diutus buatmu ibu & segala pesananmu akan menjadi harta yang berharga buatku & adik-beradik yang lain.

Pada sahabat sekalian,terima kasih atas kiriman takziah & doa ke atas ibuku.Semoga kita juga akan lebih bersedia untuk menghadapi hari ITU..

Wassalam

2 comments:

afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Takziah.... harap bersabar ye...
Ya Ilahi
merendah pada-Nya
harus tunduk percaya
ketetapan Maha Suci
sentiasa kekal abadi
ketahuilah diri
dia telah pergi
walau aku masih di sini

Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

syadat said...

salam ukhwah afzainizam..trima kasih krn sudi menjengah blog sy..sy sdh agak lme x update blog ni krn tiade smgt lg & krn terlalu sbuk dgn kerja..

InsyaAllah sy akan update blog ni & trmia kasih atas kte2 smgt dr kamu..ya,alam maya menjadi medan persahatan kte..smoga Allah merahmati kita semua..

Amiin...